F Datuk Shake Terima Tanggungjawab Sebagai Pengetua AF2016 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Datuk Shake Terima Tanggungjawab Sebagai Pengetua AF2016

Teka teki siapakah bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengetua Akademi FantasiA (AF2016) akhirnya terjawab apabila penyanyi dan penghibur antarabangsa berkaliber negara, Datuk Shake, 66, diumumkan sebagai pengetua program realiti popular itu.

Pengumuman tersebut dibuat pada konsert pertama AF 2016 di Auditorium Majlis Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

“Ini adalah satu penghormatan dan juga penghargaan buat saya untuk berkongsi ilmu serta pengalaman bersama generasi baharu dalam dunia seni.

“Saya berharap bakat-bakat AF 2016 yang dilahirkan di bawah kendalian saya akan menjadi anak seni yang hebat dan bertaraf antarabangsa,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!.

Datuk Shake atau nama sebenarnya Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh yang kini menetap di California, Amerika Syarikat bakal bermastautin selama beberapa bulan di Malaysia bagi menjalankan tanggungjawab sebagai Pengetua AF 2016.

Terdahulu, beberapa nama besar industri hiburan tanah air seperti Datuk M.Nasir, Datin Seri Tiara Jaqualine, Datuk Ramli MS, Datuk Hattan, Amy Search dan terakhir pada musim lalu, Edry Abdul Halim pernah memegang mandat sebagai pengetua program realiti tersebut.

Powered by Blogger.