Berita Terkini
recent

Datuk Red Rancang Bawa Adira Bercuti di Eropah

Suami penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu mengesahkan isterinya itu kini sedang hamil tujuh minggu selepas membuat pemeriksaan doktor pada minggu lalu.

Berita gembira tersebut turut dikongsikan menerusi lama instagram.

Memetik laporan mStar online, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 38, berkata, setakat ini Adira tidak mengalami alahan yang teruk seperti kebiasaan wanita hamil.

"Alhamdulillah, doktor sudah sahkan dia hamil tujuh minggu selepas kami buat pemeriksaan di klinik minggu lepas.

"Dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk cuma peliknya setiap hari dia mahu makan kari mamak, walhal sebelum ini dia tidak suka," ujarnya..

Adnan juga berharap dikurniakan cahaya mata lelaki dengan isteri keduanya ini.

Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand yang berlangsung pada 3 Disember 2015.

Sementara itu, Adnan berkata dia kini dalam perancangan untuk membawa isteri keduanya itu bercuti ke Eropah dalam masa terdekat.

Terdahulu, pada 22 Julai lalu gempar apabila video Adnan bersama seorang pelakon baharu iaitu Ruhainies keluar bersama tersebar.

Lelaki tersebut jujur memberitahu sedang mendekati pelakon baharu tersebut dan bersedia untuk berkahwin kali ketiga.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.