F Dari katil hospital, Tun M tulis surat buat Najib | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dari katil hospital, Tun M tulis surat buat Najib

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi tulisan terbaharu diblognya mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat di kaca televisyen.

Mahathir yang kini berada di Institut Jantung Negara (IJN), berkata, cabaran debat itu perlulah disiar secara langsung dan intipati debat itu pula hendaklah berkisar mengenai isu urus tadbir negara.

"Saya berumur sekarang. Tetapi Alhamdulillah, saya belum lagi nyanyuk. Saya dengan senang hati akan terima cabaran debat terbuka dengan Najib di hadapan penonton dan siaran televisyen secara langsung.

"Mungkin saya kalah. Wang tunai boleh menang. Ia adalah untuk rakyat Malaysia menilai, bukan TV3 atau NST atau mereka yang memang penyokong saya," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mahathir mengucapkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mendoakan agar beliau cepat sembuh.

"Saya menulis ini dari hospital. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua mereka yang menghantar mesej cepat sembuh kepada saya," katanya.

Mahathir kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dimasukkan pusat perubatan itu akibat jangkitan di bahagian dada.
Powered by Blogger.