F Dapat Cek Tendang, Ameng Kerugian RM15,000 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dapat Cek Tendang, Ameng Kerugian RM15,000

Vokalis kumpulan Spring, Ameng menanggung kerugian RM15,000 apabila menerima cek tendang daripada penganjur persembahan majlis makan malam, baru baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, dia hanya menyedari dirinya ditipu ketika mahu menunaikan cek terbabit.

"Saya berusaha menghubungi pihak terbabit tetapi mereka beri pelbagai alasan.

"Saya juga belum bercadang membuat laporan polis kerana masih berharap pihak terbabit tampil dan melunaskan bayaran seperti dijanjikan," katanya.

Ameng berkata dia kesal dan kecewa kerana masih ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kesempitan hidupnya.

"Saya akui sejak keluar Penjara Kluang, undangan persembahan di serata tanah air tidak pernah putus.

"Mujur ada isteri, Sabariah Zakariah membantu mengatur jadual seni saya.

"Selain majlis makan malam dan korporat, saya juga banyak menerima undangan persembahan daripada pihak istana. Namun, keimanan saya tetap diuji apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan dan menipu pula," katanya yang berulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur setiap kali ada persembahan.
Powered by Blogger.