F China Terpaksa Buang Song Joong Ki | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

China Terpaksa Buang Song Joong Ki

Bintang terhangat Korea, Song Joong Ki dilaporkan tidak lagi menjadi duta jenama telefon pintar keluaran China, Vivo, apabila kontrak juga penampilannya untuk kempen produk tersebut ditamatkan serta-merta.

Pada Mei lalu, Joong Ki dipilih sebagai model telefon X7 jenama berkenaan ekoran impak dan populariti yang diraih di China menerusi drama lakonannya, Decendants of the Sun, yang sekaligus mencetus fenomena dan kegilaan netizen republik itu. Difahamkan, kontrak yang ditandatangani pelakon berusia 31 tahun ini bernilai USD 3.3 juta.

Bagaimanapun, ekoran isu dunia berkaitan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) oleh Amerika Syarikat (AS) yang telah menimbulkan ketegangan dan menjejaskan hubungan persahabatan antara China dengan Korea Selatan, menjadi punca utam penampila Joong Ki terpaksa dihapuskan di seluruh pelusuk China.

Namun Song Joong Ki tidak akan menanggun apa-apa kerugian dari segi kewangan kerana pihak Vivo tetap akan menjelaskan bayaran penuh kepada selebriti itu seperti mana yang temetrai di dalam kontrak. Malangnya, syarikat jenama itu akan mengalami dua kerugian iaitu dari segi kewangan dan pemasaran.

Selain itu, laporan media baru-baru ini menyebut beberapa tawaran drama yang diterima Joong Ki dari terbitan produksi China terpaksa dibatalkan. Walau bagaimanapun agensi pelakon tersebut, Blossom Entertainment, belum mengesahkan lagi berita tersebut.

Bukan hanya Joong Ki, malah kerjaya beberapa selebriti Korea yang cukup popular di China juga terjejas dan dikhabarkan ada yang terpaksa akur apabila kontrak mereka ditamatkan.
Powered by Blogger.