F Cheetah band takluk industri muzik negara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Cheetah band takluk industri muzik negara

GENRE Cheetah Rock mungkin aliran muzik yang sangat baharu dan asing di Malaysia, tetapi, itu identiti kumpulan rock berbakat, Temjin yang kini berusaha menakluk industri muzik negara.

Dianggotai lima remaja iaitu Khairul Syukri Mohd Ridzuan yang bertindak sebagai vokalis dan gitaris, Mohd Adam Mohd Yusoff (gitaris utama), Wan Abdul Adzim Wan Ezani (bassist) dan Silas Low Eng Hin (drummer), kumpulan tersebut pastinya sebuah band menarik yang perlu diikuti  peminat muzik.

Menyingkap sejarah penubuhan band tersebut, Adam berkata, Temjin ditubuhkan pada 2009 bagi meneruskan perjuangan aliran rock yang telah dibawa oleh kumpulan rock lain sebelum ini.

“Temjin adalah watak di dalam sebuah permainan konsul berbentuk pertarungan. Kami namakan kumpulan ini dengan Temjin kerana di dalam permainan konsul, watak Temjin itu sangat kuat dan bagi kami, nama ini sesuai dengan apa yang kami perjuangkan,” katanya kepada Zass.

Ditanya mengapa memilih ‘Cheetah Rock’ sebagai genre, kata Adam, kebanyakan muzik yang dibawa kumpulan itu adalah berbentuk rancak dan laju.

“Cheetah (harimau bintang) sendiri dikenali sebagai haiwan yang paling pantas di dunia. Jadi, kami mengadaptasi kelajuan cheetah di dalam muzik kami.

Pakai baju belang

“Selain muzik pantas, kami akan memakai baju belang seperti kulit harimau bintang setiap kali membuat persembahan dan ini adalah salah bukti perbezaan identiti kami berbanding band lain,” katanya sambil ketawa.

Menurut Adam, band tersebut sudah mengeluarkan lebih sepuluh lagu sepanjang karier dan bakal melancarkan sebuah single seawal-awalnya September depan.

Lagu terbaharu tersebut, Cakera Jingga masih mempunyai elemen rock dan bakal mengangkat kumpulan ini ke satu aras yang lebih tinggi.

“Cakera Jingga adalah sebuah lagu yang sangat berbeza berbanding lagu yang pernah kami buat sebelum ini dan kami tidak sabar masyarakat untuk mendengar lagu ini,” katanya.
Powered by Blogger.