F Che Ta terkejut berita hilang RM164 ribu di luar negara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Che Ta terkejut berita hilang RM164 ribu di luar negara

Pada Isnin lalu, Kakigosip ada bertemu dengan aktres jelita iaitu Rozita Che Wan (Che Ta) ketika menghadiri majlis pelantikannya sebagai duta untuk Gegar Fest Fashion & Beauty.

Selepas berkongsi mengenai pelantikannya, Che Ta dengan spontan memberitahu bahawa dia terbaca satu artikel mengenai dirinya di ruangan akhbar tempatan hiburan, kononnya dia pernah kehilangan duit yang banyak sewaktu bercuti pada tahun lalu.

"Saya terkejut apabila ada berita melaporkan saya kehilangan duit sebanyak $40,000 euro ketika bercuti di Switzerland akhir tahun lalu.

"Saya tidak tahu mereka dapat info dari mana dan mungkin juga mereka tersilap orang. Lagi pula cerita itu keluar di ruangan gosip. Jadi cerita itu adalah tidak benar sama sekali," jelas Che Ta.
Powered by Blogger.