F Che Ta Nafi Hilang RM164,000 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Che Ta Nafi Hilang RM164,000

Aktres Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta terkejut apabila dilaporkan kehilangan wang kira-kira 40,000 Swiss Franc (RM164,000) pada tahun lalu.

Memetik laporan BH online, Rozita berkata, sepanjang melancong ke luar negara, belum pernah lagi beliau berdepan insiden kehilangan wang. "

Eh, bila masa saya hilang duit? Alhamdulillah, setakat ini saya belum pernah kehilangan wang ketika bercuti. Mungkin informasi yang diberi kepada penulis tidak benar. Saya terkejut apabila laporan itu dikeluarkan," katanya

Sabtu lalu, akhbar sisipan B*POP menerusi ruangan Desas-Desus melaporkan, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu kehilangankira-kira 40,000 Swiss Franc (RM164,000) ketika bercuti di Switzerland, tahun lalu.

Menurut laporan itu juga, Che Ta langsung tidak menunjukkan reaksi kerisauan atas kehilangan wang berkenaan, sebaliknya tenang dan reda dengan kejadian menimpanya.
Powered by Blogger.