F Chaloe Moretz Pernah Tertekan Kerana Mahu Cantik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Chaloe Moretz Pernah Tertekan Kerana Mahu Cantik

PELAKON Chaloe Moretz mengakui agak tertekan pada awal kemunculannya dalam industri hiburan berikutan dia mahu kelihatan cantik dan sempurna.


Wanita berusia 21 tahun berkata, dia pernah dinasihatkan agar membetulkan giginya dan membuang beberapa tulang rusuk supaya kelihatan lebih kurus.

"Saya pernah diminta untuk tukar gigi kerana gigi saya agak jarang dan ada pula yang sarankan saya buang beberapa tulang rusuk kerana pinggang saya semakin besar.

"Selain itu, jerawat juga antara masalah yang sering saya hadapi sehingga membuatkan saya tertekan," ujarnya.

Tambah kekasih Brooklyn Beckham itu, dia juga pernah meminta izin keluarganya untuk melakukan pembedahan payudara dan membuang lemak di bawah dagu ketika berusia 16 tahun.

"Ibu dan kakak saya membantuah dan tidak izinkan sama sekali saya buat pembedahan pada usia muda," ujarnya.
Powered by Blogger.