Berita Terkini
recent

Chaeyoung (Twice) Didakwa Muat Turun Filem Secara Haram

Anggota kumpulan Twice, Chaeyoung, mencetuskan kontroversi apabila didakwa memuat turun sebuah filem secara haram.

Pada 14 Mac lalu, Chaeyoung, 17, berkongsi kepada pengikutnya di media sosial bahwa dia menonton sebuah filem. Namun ketika itu filem tersebut sebenarnya belum lagi ditayangkan dipawagam sebaliknya ia mula ditayangkan pada 16 Mac. Lantaran ramai pengikut di laman sosial mendakwa dia memuat turun filem itu secara haram.

Ditambah lagi filem yang ditonton Chaeyoung itu dikalsifikasikan sebagai R-Rated.Justeru ramai pihak membuat spekulasi, dek kerana dia tidak boleh menonton di pawagam, maka dia memuat turun secara haram.

Meskipun "insiden" tersebut sudah lama, namun perbuatan Chaeyoung tetap mengundang kritikan netizen.

Selain Chaeyoung, Twice yang cukup popular dengan lagu berjudul Cheer Up terdiri daripada lapan lagi anggota iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun dan Tzuyu.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.