F Bukan Tak Laku Tapi Sebab Sibuk Belajar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bukan Tak Laku Tapi Sebab Sibuk Belajar

Selepas reda isu yang mengaitkan namanya ekoran kritikan terhadap pramugara syarikat penerbangan sekitar Mac lalu, penyanyi Ainan Tasneem kini agak senyap daripada dunia seni.

Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia ini menjelaskan,'kehilangannya' disebabkan dia sibuk dengan aktiviti pengajian di universiti.

"Saya akui memang tidak begitu bertumpu kepada kerjaya seni kerana kesibukan pengajian. Namun saya masih menerima undangan persembahan pada hujung minggu dan waktu yang tidak menganggu jadual pengajian saya, " katanya seperti yang dilaporkan Utusan online.

Ainan sekarang masih lagi mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang Biologi di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Menolak dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia sudah tidak laku, sebaliknya kata Ainan dia punya alasan tersendiri memperlahankan karier seninya demi pelajaran. Katanya lagi, walaupun senyap dari ketiadaan lagu baharu namun dia masih lagi aktif di media sosial.

"Kalau ada undangan persembahan, saya akan kemas kini informasi di laman sosial supaya mereka yang mengikuti perjalanan seni saya tahu mengenainya. Mungkin siapa yang ikuti saya di laman sosial sedar saya masih aktif manakala mereka yang tidak akan anggap saya seperti itu.

"Tapi terus terang saya katakan, saya tak rasa sedih atau kecewa pun kalau orang ingat saya tak laku dan sebagainya. Lagipun saya bukan tumpu kepada nyanyian saja, saya juga belajar. Biarlah apa orang nak cakap sebab saya tahu apa yang saya buat.

Dalam pada itu Ainan juga berkata, pengalaman pernah dilanda beberapa kontroversi juga isu panas sebelum ini mematangkan dirinya bahkan dia kini semakin kuat berdepan dengan segala cabaran.

"Alhamdulillah... setelah mengharungi hal-hal sebegitu, saya sekarang semakin kuat. Saya tak peduli cakap-cakap orang dan tak terasa kalau mereka masih mahu mengata diri saya. Saya percaya, apabila saya berjaya juga mereka akan tetap akan bercakap (mengenai saya). Pendek kata, baik atau buruk yang kita lakukan, mereka akan tetap bercakap. Jadi lebih baik buat tak tahu saja.

"Kadang-kadang ada yang bergurau saja dan mengutuk kerana mahukan perhatian artis itu. Terpulang kepada niat mereka. Tapi kalau jenis yang melampau, memang saya tak fikir panjang, saya block saja mereka di laman sosial. Terutama sekali yang memberi komen menyentuh isu sensitiviti atau komen berbaur lucah.

"Bayangkan saya yang tidak seksi dan berpakaian muslimah begini tetap menerima komen jelik seperti itu dan kata-kata mereka memang tak senonoh. Saya anggap mereka ini 'sakit’ kerana tergamak mengeluarkan komen sebegitu. Saya akan terus block mereka kerana bimbang apa yang dilakukan mereka itu akan mempengaruhi orang lain untuk komen perkara serupa. Kita berdiam bukan bermaksud kita tidak kisah. Kalau beri komen membina tak mengapa, ini komen negatif berbaur lucah. Saya memang tak akan kompromi," katanya.

Perkembangan lain, Ainan bakal muncul dengan single berjudul Cuba Percayakanmu yang dicipta oleh DJ Fuzz. Selain dia bakal mengacarakan sebuah program motivasi berjudul Live It Up untuk saluran RTM
Powered by Blogger.