F "Bukan Jodoh Kami" - Fattah Amin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

"Bukan Jodoh Kami" - Fattah Amin

Hubungan cinta antara pelakon Fattah Amin dan Sherry Ibrahim dilaporkan sudah berakhir selepas pasangan itu tidak mampu menyelamatkan hubungan mereka yang bergelora sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Memetik laporan BH online, bagaimanapun baik Fattah mahupun Sherry, enggan mendedahkan punca perpisahan mereka kerana dirasakan terlalu peribadi dengan umum.

"Sebenarnya hubungan kami sudah lama renggang. Bagaimanapun kami berpisah secara baik. Hingga kini kami masih berkawan tambahan pula kami berada di bawah pengurusan sama.

"Saya anggap sudah bukan jodoh kami untuk melangkah ke fasa seterusnya. Soal kami berpisah terlalu peribadi untuk dikongsi. Kami juga pernah berbincang dan berusaha menyelamatkan hubungan ini.

"Namun kami tiada jodoh dan perlu reda berdepan situasi ini. Siapa pula kita untuk menolak ketentuan Ilahi," katanya.

Sementara itu, Fattah berharap bekas kekasihnya terus maju dalam setiap lapangan diceburi selain menitipkan sokongan di atas pelancaran single baharu Sherry yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

"Bagi saya Sherry seorang wanita yang baik. Saya tidak pernah putus berdoa supaya dia terus sukses dalam perjuangan seni dan kehidupannya," katanya mengenai aktres terbabit.

Difahamkan Sherry kini sedang bercuti di luar negara.
Powered by Blogger.