Berita Terkini
recent

Budak digigit unta dapat ganti rugi RM625,000

Seorang kanak-kanak yang digigit seekor unta pada pada bahagian tangan di sebuah taman safari menerima ganti rugi sebanyak AS$155,000 (RM623,944.75).

Menurut laporan Inside Edition, Madison Holland, 11, terpaksa dirawat selama tiga hari selepas digigit unta milik Taman Safari Viriginia pada Mei 2015.

Menurut peguam Madison, mangsa sedang menaiki kenderaan pelancong ketika kejadian dan tidak cuba untuk memberi makanan kepada unta terbabit.

Ganti rugi terbabit menjelaskan Madison akan menerima AS$10,000 dari taman safari berkenaan apabila usia beliau menginjak 18 tahun.

Madison kemudian akan diberikan AS$1,000 selama 14 tahun selepas beliau berusia 21 tahun.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.