F Brooklyn Beckham & Chloe Moretz Ditawar Jutaan Dolar Untuk Program TV | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Brooklyn Beckham & Chloe Moretz Ditawar Jutaan Dolar Untuk Program TV

ANAK kepada bintang bola sepak David Beckham iaitu Brooklyn Beckham dilaporkan menerima beberapa tawaran untuk muncul dalam sebuah program realiti bersama teman wanitanya, aktres Chloe Moretz.

Daily Mail melaporkan tawaran tersebut bukan sahaja datang dari stesen televisyen di United Kingdom malah saluran seperti MTV dan E! yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Malah ada yang sanggup membayar jutaan dolar demi mendapatkan Brooklyn dan Chloe.

"Stesen televisyen di Amerika paling terdesak untuk mendapatkan pasangan itu termasuk MTV dan E! sehingga sanggup melabur jutaan dolar.


"Sudah pasti mereka merasakan pasangan itu lubuk emas memandangkan Brooklyn adalah anak kepada David dan Victoria yang memang terkenal di seluruh dunia manakala Chloe pula adalah bintang Hollywood," kata sumber.

Kata sumber itu lagi, kisah cinta di antara Brooklyn dan Chloe yang mendapat perhatian peminat juga menjadi penyebab mereka ingin merakamkan kehidupan pasangan berkenaan dalam program realiti.

Bagaimanapun, Victoria tidak bersetuju dengan idea berkenaan terutamanya selepas dia sendiri pernah dikritik ketika muncul dengan program realitinya sendiri iaitu Victoria Beckham: Coming to America pada 2007.

"Victoria tidak mahu anaknya mengalami pengalaman sama dan sama sekali tidak bersetuju dengan idea berkenaan," kata sumber itu lagi.
Powered by Blogger.