F Bersatu wujudkan dua keahlian | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bersatu wujudkan dua keahlian

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuka penyertaan kepada semua warganegara negara ini melalui dua jenis keahlian iaitu ahli biasa dan ahli bersekutu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi ahli biasa, ia terbuka kepada semua warganegara yang berstatus Pribumi iaitu Melayu dan Bumiputera termasuk Orang Asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

Manakala, katanya, warganegara Malaysia yang lain boleh menyertai parti itu sebagai ahli bersekutu.

"Ahli bersekutu ini mempunyai hak sama dengan ahli biasa kecuali tidak boleh mengundi atau bertanding jawatan dalam parti. Namun mereka boleh dilantik dalam mana-mana jawatan parti.

"Kita cuba untuk jadi lebih inklusif. Kami mahu ahli bersekutu ini turut memainkan peranan dan memberi pandangan kepada parti," katanya.

Mengulas mengenai matlamat perjuangan parti baharu itu, Muhyiddin berkata, ia mempunyai agenda memelihara hak setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Selain itu, katanya, parti itu juga ingin mengadakan reformasi institusi secara menyeluruh untuk mewujudkan kerajaan yang bersih, amanah dan berintegriti.

"Kita harap apabila sudah didaftarkan, seramai mungkin rakyat Malaysia tanpa mengira kaum yang mempunyai semangat juang yang sama, maka eloklah mereka jadi ahli Bersatu," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengesahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan memegang jawatan sebagai pengerusi parti itu.

"Tun ialah orang yang paling layak untuk jawatan pengerusi kerana beliau sendiri mempunyai hasrat untuk membantu perjuangan parti ini," katanya.
Powered by Blogger.