F Berbogel Demi Katy Perry | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Berbogel Demi Katy Perry

Kisah selebriti antarabangsa yang kerap berbogel sewaktu bercuti bukan lagi isu asing dalam persada hiburan dan ia pernah dilakukan oleh Kim Kardashian, Miley Cyrus, Gigi Hadid, Rihanna, dan Justin Bieber.

Tidak terkecuali, aktor tampan yang merupakan bekas suami kepada model jelita, Miranda Kerr, iaitu Orlando Bloom turut tersenarai apabila dia dilihat berbogel sewaktu bercuti bersama pelantun lagu Rise, Katy Perry di Itali baru-baru ini.

Pelakon filem The Pirates of the Caribbean itu pada awalnya mengenakan seluar renang sebelum menanggalkannya saat ingin melakukan aktiviti air bersama Perry.

Seakan-akan tidak menghiraukan kehadiran paparazi yang asyik merakam gambar mereka, pasangan romantis itu dikhabarkan mula menjalin hubungan mesra sekitar Januari lalu.

“Kedua-duanya dilihat saling mempamerkan aksi mesra sewaktu menghadiri majlis bagi meraikan pemenang Anugerah Golden Globes ke-73,” kata sumber.
Powered by Blogger.