F Bekas Teman Wanita Diarah Bayar Ganti Rugi Kepada Kim Hyun Joong | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bekas Teman Wanita Diarah Bayar Ganti Rugi Kepada Kim Hyun Joong

PELAKON dan penyanyi Kim Hyun Joong mampu menarik nafas lega apabila terlepas daripada tuduhan termasuk dakwaan mendatangkan kecederaan terhadap bekas teman wanitanya yang dikenali sebagai 'A' dua tahun lalu.

Wanita berkenaan sebaliknya diarahkan mahkamah untuk membayar wang pampasan kepada Hyun Joong sebanyak USD$91,400 (RM365,600) kerana memfitnah lelaki berkenaan.

Sebelum ini, A memfailkan saman terhadap Hyun Joong pada Ogos dua tahun lalu kerana mendatangkan kecederaan secara sengaja namun kes itu digugurkan selepas pelakon itu memohon maaf.

A kemudiannya mendakwa dia mengandungkan anak teman lelakinya itu sebelum memfailkan tuntutan ganti rugi sebanyak USD$1.5 juta (RM6 juta) kerana mengalami tekanan emosi akibat keguguran.


Mahkamah mendapati pihak plaintif iaitu A gagal membuktikan semua tuduhan dibuat terhadap Hyun Joong termasuk dakwaan dia keguguran kerana tertekan akibat dipukul lelaki itu.

Malah A dilaporkan gagal memberikan bukti tentang pengesahan dia hamil daripada hospital selain dia didapati mengambil minuman alkohol ketika bersama rakan-rakannya walaupun mendakwa sedang mengandung.
Powered by Blogger.