F Bawa Watak Biseksual, Nana Dapat Pujian Penonton | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bawa Watak Biseksual, Nana Dapat Pujian Penonton

Selepas agak lama 'menghilang', penyanyi dan pelakon, Nana (After School) kembali menerusi drama terbaharu, The Good Wife.

Begitupun ketika namanya diumumkan tersenarai sebagai barisan pelakon yang drama terbitan tvN itu, aktres berusia 24 tahun ini kurang mendapat sambutan.

Sebagai idola KPop, Nana mendapat pandangan negatif dari segi lakonan. Bahkan dia dikatakan tidak layak bergandingan di samping pelakon 'A-list' Korea seperti Jeon Do Yeon dan Yoo Ji Tae.

Bagaimanapun Nana membuktikan tanggapan negatif segelintir masyarakat terhadap dirinya salah.

Dalam The Good Wife, Nana diberi kepercayaan memghidupkan karakter bernama Kim Dan, seorang wanita yang bekerja di firman guaman. Dia seorang yang banyak rahasia dalam kehidupannya termasuklah salah satunya adalah, dirinya seorang biseksual.

Nana membuktikan keseriusan dan kesungguhannya memikul tanggungjawab dalam menjayakan wataknya kali ini. Meerusi foto-foto yang dipromosikan oleh tvN, selebriti yang prnah meraih anugerah K-Beauty Icon Anugerah Style Icon 22014 ini, menampilkan ekspresi-ekspresi serius dan meyakinkan.

Sejak drama tersebut ditayangkan mulai 8 Julai lalu, lakonan Nana mendapat pujian ramai penonton.

"Ini adalah pertama kali dalam perjalanan karier saya, saya mendapatkan komen dan reaksi yang positif. Saya betul-betul rasa seperti tidak percaya," katanya kepada pihak media baru-baru ini.

Nana menyifatkan komen-komen positif tersebut sebagai penyuntik semangat sekaligus menjadikan dia sekarang lebih percaya.
Namun katanya, masih banyak lagi ilmu lakonan yang harus dipelajarinya dan memerlukan bantuan daripada pengarah juga barisan pelakon lain.

"Masih banyak yang harus saya belajar mengenai lakonan misalnya dari segi 'eye contact'," tuturnya yang kini bernaung di bawah agesi Pledis Entertainment.

Sementara itu, mengulas mengenai karakternya sebagai biseksual, pemilik nama sebenar Im Jin Ah ini berkata dia tidak takut dengan kontroversi.

"Saya sudah tahu sejak dari awal lagi bahawa karakter saya adalah seorang biseksual dan itu tidak menjadi beban.

"Saya bahkan menganggap watak kali ini sebagai satu yang bereza, 'fresh' dan tidak pernah lagi ada karakter sebegitu dalam drama Korea sebelum ini," katanya.

Setakat ini 'The Good Wife' dilaporkan mendapat rating dan sambutan mengalakkan daripada penonton. Drama tersebut merupakan remake daripada drama bersiri popular Amerka Syarikat dengan judul yang sama.
Powered by Blogger.