F Bapa Emma Maembong Disamun dan Ditetak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bapa Emma Maembong Disamun dan Ditetak

Bapa pelakon, Emma Maembong, Ismail Maembong, 68, disamun dan ditetak di bangunan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), pada petang Khamis.

Memetik laporan BH online, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 24, berkata, dalam kejadian itu, bapanya mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, jari dan siku.

Namun, Ismail yang juga seorang pelukIs disegani, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Bapa saya sedang dirawat, saya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik dan mohon berikan ruang kepada kami sekeluarga," katanya.

Ekoran kejadian itu, bapanya kehilangan komputer riba, dompet dan telefon bimbit.

Emma berkata, laporan polis berhubung kejadian itu akan dibuat dalam masa terdekat.

"Kami masih menanti status terkini ayah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Sebaik saja mendapat kepastian, kami akan membuat laporan polis," kata Emma.
Powered by Blogger.