Berita Terkini
recent

Bapa Berang Lindsay Dikasari Tunang

BAPA Lindsay Lohan iaitu Michael Lohan mengecam tindakan tunang pelakon itu, Egor Tarabasov yang melakukan kekerasan terhadap anaknya.

Dia meminta lelaki itu datang dan berdepan dengannya.

"Dia seorang lelaki sampah dan pengecut. Saya harap dia datang jumpa saya dan meminta maaf dengan perbuatannya itu," ujarnya kepada Mirror.

Bagaimanapun, Michael memberitahu dia sudah menghubungi anaknya itu bertanya tentang perkara berkenaan.

"Saya akan ambil tindakan terhadapnya. Buat masa ini Lindsay berada dalam keadaan baik-baik sahaja," tambahnya.

Dia mengulas tentang video yang tersebar di internet tentang kekerasan yang dilakukan oleh Egor terhadap Lindsay.

Lindsay Lohan dan Egor Tarabasov menjalinkan hubungan cinta sejak 2015 dan mengambil keputusan untuk bertunang.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.