F Bakal pengantin maut kemalangan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bakal pengantin maut kemalangan

Hasrat untuk mendirikan rumah tangga tidak tercapai apabila seorang lelaki maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer (KM) 56 Jalan Gua Musang - Kuala Krai, di sini.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 4.45 pagi tadi dipercayai berpunca dari kenderaan yang dinaiki mangsa, Muhamad Tarmizi Zakaria, 24, beralamat di Felda Chiku 1, di sini, bersama dua rakan, hilang kawalan lalu terbabas.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Rajab Ahad Ismail berkata, hasil siasatan awal tempat kejadian, kemalangan berlaku selepas kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan kemudian terbabas ke kiri jalan dan berpusing beberapa kali lalu masuk ke dalam gaung.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi, Muhamad Nizuf Fatah Mat Rosli, 22 dan Muhammad Al Hafis Yasin, 24, di alamat yang sama, di hantar ke Hospital Kuala Krai, kerana mengalami kecederaan parah.

"Bagaimanapun, bedah siasat masih belum dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Powered by Blogger.