Berita Terkini
recent

Babak Cium Tak Bantu Naikkan Rating 'Doctors'

BABAK cium yang dilakonkan oleh Park Shin Hye bersama Kim Rae Won dalam drama Doctors tidak membantu meningkatkan rating drama itu.

Malah, drama yang ditayangkan di stesen televisyen SBS itu menurun sebanyak lima peratus pada episod ke 12.

Babak yang melibatkan watak Yoo Hye Jeong lakonan Park Shin Hye memeluk kekasihnya Hong Ji Hong ( Kim Rae Won) itu ternyata tidak membantu drama tersebut mencecah rating sehingga 20 peratus.

Dalam pada itu, sepanjang 12 episod, drama ini mendapat rating paling tinggi pada episod keenam iaitu sebanyak 19.2 peratus.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.