Berita Terkini
recent

Ayda Jebat jatuh sakit di New Zealand

Kakigosip terkejut apabila mendapat tahu bahawa pelakon kesayangan ramai iaitu Ayda Jebat atau lebih mesra disapa dengan panggilan Adik, dikhabarkan telah jatuh sakit.

Berita itu disahkan sendiri oleh jurusoleknya menerusi akaun Instagram pemilik yang dikenali sebagai Jlozali.

“Sian Ayda ...tu la tak biasa dengan cuaca New Zealand dah terbaring, tengok make up artis dia, steady sahaja, tapi sejuk nak juga. Doakan dia cepat sihat ya,” luahnya.

Baca: Beg Disangka Dicuri, Ayda Jebat Cemas!

Walau bagaimanapun, buat peminat Ayda jangan risau ya sebab penyanyi dan pelakon genit itu dijaga baik oleh pihak produksi.

“Terima kasih kepada semua yang doakan, jangan risau. Production kat sini jaga adik boooek. M getting better.. Adik semakin sihat dan kuad! Hihi, ” ucap Ayda Jebat.

Kakigosip difahamkan juga, Ayda kini sedang menjalani penggambaran filem Pinjamkan Hatiku selama 14 hari di sana.

Sama-sama kita doakan semoga adik cepat sembuh dan dapat menjalani penggambaran semula.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.