F Awie Harap Dapat Hak Penjagaan Anak Sulung | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Awie Harap Dapat Hak Penjagaan Anak Sulung

Penyanyi Awie berharap keputusan mahkamah berkaitan dengan hak penjagaan anak sulungnya, Putera Ahmad Merrah, akan berpihak kepadanya.

Memetik laporan mStar online, Awie berharap segala yang telah diusahakan oleh beliau selama ini terutama berkaitan dengan anak-anak akan membuahkan hasil.

"Saya harap sesuatu yang baik berpihak pada saya selepas apa yang telah diusahakan dan perjuangkan selama ini bersama peguam saya. Saya juga harap saya tidak lagi teraniaya," katanya.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin menggantung keputusan kes tunjuk sebab berhubung kegagalan penyanyi itu mematuhi arahan mahkamah membabitkan hak penjagaan sementara anak sulungnya yang sepatutnya berada bawah jagaan bekas isteri, Rozana Misbun serta pembayaran kos mahkamah masing-masing berjumlah RM900 dan RM5,000.

Dalam permohonan itu Awie kemungkinan akan berdepan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 sekiranya gagal memberikan tunjuk sebab.

Sementara itu mahkamah turut memerintahkan vokalis kumpulan Wings itu untuk memberikan tunjuk sebab bagi menjelaskan kegagalan beliau untuk membayar dua kos mahkamah yang berjumlah RM5,900 kepada Rozana.

Keputusan tersebut telah dibaca oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Nur’Azura Jamaluddin di dalam bilik pendaftar. Sementara itu, peguam yang mewakili Rozana Nor Azmi Arif, Nor Azmi Mohd Arif berkata, pihaknya kini menunggu keputusan tentang tiga perintah yang dilanggar oleh penyanyi rock itu pada 22 Oktober depan untuk semakan berkaitan yang dikemukakan.
Powered by Blogger.