Ashton Kutcher Larang Mila Kunis Tonton Program Realiti

PELAKON Mila Kunis mendedahkan bahawa suaminya Ashton Kucher tidak membenarkan dia menonton program realiti di rumah.
Seperti dipetik Film-News, dia hanya menonton program-program berkenaan ketika suaminya bekerja dan tiada di rumah.

"Jika dia ada di rumah saya tidak boleh menonton program-program realiti itu, dia memang melarangnya sama sekali.

"Antara program yang dia benci ialah  Beverly Hills Housewives dan Botched," ujarnya.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta pada 2012 selepas lelaki itu putus dengan bekas kekasihnya Demi Moore.

Mereka berkahwin pada Julai 2015 dan kini mempunyai dua cahaya mata.
Ashton Kutcher Larang Mila Kunis Tonton Program Realiti Ashton Kutcher Larang Mila Kunis Tonton Program Realiti Reviewed by Kakigosip on 16:08:00 Rating: 5
Powered by Blogger.