Berita Terkini
recent

Ashraf Muslim & Sherry Ibrahim tidak pernah berhubung lagi selepas berpisah


Terbaru, aktor terkenal iaitu Ashraf Muslim dikatakan ada menghubungi bekas kekasih hatinya, Sherry Ibrahim. Gosip berkenaan timbul apabila isteri-isteri Ashraf mengajukan soalan tersebut melalui grup Whatsapp mereka.

Terkejut dengan soalan gosip tersebut, Ashraf bagaimanapun menjelaskan dengan sebaiknya kepada isteri-isterinya. Akui pelakon tampan itu, dia tidak pernah menghubungi Sherry selepas mereka berpisah.


"Memandangkan ia adalah gosip, jadi bukan satu masalah besar. Tidak ada apa perlu dibangkitkan,” katanya.

Jelasnya lagi, perkara seperti itu juga tidak wajar diperbesarkan kerana ia adalah gosip sahaja malah tidak membawa kepentingan lagi pada dirinya.

Itulah ujian dan dugaan berumah tangga, ada sahaja yang cuba untuk menggoncangkan kebahagian orang lain.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.