F Artis 60 an bikin konsert di Istana Buudaya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Artis 60 an bikin konsert di Istana Buudaya

Kumpulan yang pernah hit sekitar era 60-an dengan rentak irama blues tidak lama lagi bakal menghangatkan suasana pentas Panggung Sari, Istana Budaya, pada pertengahan September depan.

Antara kumpulan yang bakal ditampilkan dalam konsert Returns of The Legends seperti, The Strollers, Lord & The Boys, dan Blues Gang.

Ketika dihubungi penganjur dan selaku  Penerbit Eksekutif, Datuk Seri Wan Nasser Ismail, tentang idea untuk menggabungkan kumpulan yang telah lama berjuang dalam arena seni, ini penjelasannya;

"Saya merupakan seorang ahli pemuzik juga dan pernah usaha sama dengan Jay Jay. Jadi inilah masanya bagi saya untuk pejuang muzik berkumpulan yang masih lagi memperjuangkan seni mereka ditampilkan lagi sekali kepada penggemar muzik zaman sekarang.

"Pemilihan ini dilakukan kerana mereka adalah antara kumpulan yang masih aktif dan masih dalam kumpulan masing-masing, sementara kumpulan lain sudah tidak aktif," ujarnya.

Konsert itu juga nanti turut akan direkodkan di dalam Books Of Record.

Mengulas lanjut, penganjur juga percaya bahawa peminat setia yang kini sudah bercicit pastinya mahu melihat kumpulan tersebut membuat persembahan.

"Saya percaya ramai akan hadir menyaksikan mereka pada bulan depan nanti, ini kerana mereka juga masih mempunyai peminat yang setia walaupun sudah mempunyai cucu dan cicit.

"Ini kerana tiket sudah terjual hampir separuh. Tempat duduk disediakan sebanyak 1,200 sahaja," katanya ketika dihubungi.

Untuk rekod, konsert Returns of The Legends akan bermula pada 17 September depan. Harga tiket bermula serendah RM88 sehingga RM488.
Powered by Blogger.