F Arja Lee dapat pujian dari seniwati | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Arja Lee dapat pujian dari seniwati

Pelakon dan penyanyi segak iaitu Arja Lee ketika ditemui baru-baru ini, Kakigosip difahamkan empunya badan ada menyatakan betapa dia begitu gembira apabila dapat bekerja dengan seniwati Dato Hajah Rosnani Jamil (Mak Nani), meskipun wataknya berat.

“Kali pertama berlakon membawa watak doktor ialah semasa dalam drama Misiku Kuza (Asztro Ria) iaitu sebagai doktor Aaron.  Akan tetapi wataknya sedikit berat kerana drama tersebut bergenre komedi.

“Jika dibandingkan dengan filem saya akui, ini antara cabaran hebat kerana wataknya sangat berat.

“Walaupun saya tak ada rezeki nak bekerja dengan Allahyarham P. Ramlee, namun saya sudah cukup gembira apabila dapat bekerjasama dengan rakan seangkatannya. Jadi saya bersyukur sangat-sangat dan saya terharu apabila setiap habis babak Mak Nani akan peluk saya,” ujarnya yang dipuji Mak Nani lakonannya seperti Mustafa Noor.

Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli ditemui ketika menghadiri majlis pra-tonton filem Mawar Putih yang diadakan di Content Malaysia Pitching Centre (CMPC), Platinum Sentral, Kuala Lumpur, pada Rabu lalu.

Dalam perkembangan lain, Arja juga bakal tampil dalam filem seterusnya bersama Aaron Aziz yang dijangka akan ditayangkan pada penghujung tahun ini.

Menyentuh mengenai kerjaya seni suaranya pula, Arja yang masih lagi gigih meneruskan perjuangan dalam arena itu memberitahu, dalam pada waktu ini dia sedang mencari pihak pengurusan artis untuk kariernya sebagai penyanyi.

“Sekarang masih lagi berbincang untuk mencari beberapa pengurusan yang menjaga artis untuk menjaga saya. Jadi saya memang fokus dan serius dalam karier sebagai penyanyi. Saya juga memang bekerja keras dan saya rasa orang tahu bagaimana saya berusaha untuk menjadi seorang penyanyi,” katanya sambil tersenyum.
Powered by Blogger.