F Arca watak Lat hiasi landskap sekitar KL | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Arca watak Lat hiasi landskap sekitar KL


Landskap sekitar ibu kota bakal diceriakan dengan pemasangan arca 22 karektor kartun dari kartunis terkenal,  Datuk Mohd. Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat. Usaha itu dilakukan untuk memberikan sedikit suntikan humor dan imej keceriaan di sekitar ibu kota yang bukan sahaja menjadi tumpuan warga tempatan tetapi juga pelancong dari luar.

Arca-arca ini bakal ditempatkan 11 lokasi utama termasuk di sepanjang Jalan Melaka, Jalan Gereja dan sebahagian Jalan Raja Chulan yang terletak di pusat bandar raya.



Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, usaha pemasangan arca berkenaan diharapkan dapat memberikan imej yang lebih ceria kepada ibu kota.

“Berdasarkan kajian secara psikologinya manusia memerlukan sedikit suntikan rasa humor, ketawa, santai, seni dan kreatif bagi mengubati tekanan atau stress dalam menjalani urusan kehidupan seharian terutama apabila berada di tengah kehidupan kota yang sibuk.

“Adalah diharapkan warga kota Kuala Lumpur sama ada yang berjalan kaki atau yang pemandu kenderaan terperangkap dalam kesesakan teruk lalu lintas akan dapat merasa terhibur ketika melalui di sepanjang jalan berkenaan,” ujar Tengku Adnan di dalam ucapannya ketika merasmikan Arca Karakter Kartun Lat di Laluan Jejak Warisan 2 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Powered by Blogger.