F Arahan kepada Menteri Besar Terengganu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Arahan kepada Menteri Besar Terengganu

Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman  telah diarahkan supaya merapatkan semula barisan kepimpinan Umno di negeri itu sebagai langkah memperkukuhkan kembali Barisan Nasional di Terengganu.    

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menemui Ahmad Razif malam kelmarin dan mengarahkannya supaya membuat perkiraan politik yang teliti.  

"Dalam perkiraan matematik politik, satu ditolak, kita boleh hilang kesemuanya dan saya telah arah beliau (Ahmad Razif) membuat perkiraan politik secara teliti dan merapatkan kembali saf kepimpinan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.  

Krisis politik di Terengganu dikatakan tegang apabila bekas menteri besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal Datuk Seri Ahmad Said bakal dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin Umno kerana bertindak berlawanan dengan kerajaan pimpinan BN termasuk mengusul undi tidak percaya kepada menteri besar.  

Kedudukan kerajaan negeri itu menjadi goyah jika Ahmad dikenakan tindakan pecat daripada Umno memandangkan BN memiliki 17 kerusi dalam dewan undangan negeri Terengganu manakala Pas 14 dan PKR satu kerusi.  

Ahmad Zahid berkata Umno tidak mahu atas faktor dalaman parti, BN kehilangan kuasa di Terengganu.  

"Kita telah ada pengalaman dan tidak mahu mengulangi kesilapan yang menyebabkan hilang kuasa di Terengganu," katanya.  

Beliau berkata semua pihak harus melihat kepentingan jemaah adalah lebih daripada kepentingan peribadi dan beliau yakin Ahmad mempunyai jiwa yang besar untuk menyelamatkan Umno di negeri itu.
Powered by Blogger.