F Apa Nak Malu Belikan Seluar Dalam Isteri - Suhaimi Saad | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Apa Nak Malu Belikan Seluar Dalam Isteri - Suhaimi Saad

Selepas mencetuskan isu panas ekoran mendedahkan kehidupannya sekeluarga yang bagaikan zuhud seperti tidak memiliki mesin basuh atau peti sejuk di rumah, penyanyi nasyid Suhaimi Saad, 35, sekali lagi meraih perhatian masyarakat apabila memuat naik status berserta gambar seluar dalam wanita di laman facebook miliknya.

Tindakannya bekas kumpulan Nasyid In-Team ini sekaligus dikecam teruk netizen yang rata-rata memberi komen sinis dan reaksi negatif. Malah ada yang melabelkan perbuatan suami kepada penyanyi Ina Naim ini, melampau, memalukan dan tidak sensitif.

Bagaimanapun Suhaimi mendakwa tindakannya itu sebagai berkongsi mengenai salah satu tanggungjawab yang sepatutnya dijalankan oleh lelaki yang bergelar sebagai seorang suami terhadap isteri mereka.

Menerusi statusnya itu Suhaimi menyatakan, kebanyakan suami di luar sana 'leka' dalam memenuhi keperluan isteri termasuklah menyedia atau membelikan pakaian dalam isteri mereka. Sebaliknya kaum suami lebih memanjakan isteri mereka dengan barangan mewah lain.

Meskipun dikecam, ternyata Suhaimi tidak mengambil pusing engan kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya malah dia seolah-olah mempunyai banyak masa untuk membidas komen-komen pengikut di Facebooknya itu.
Powered by Blogger.