F Anugerah perniagaan naikkan semangat Neelofa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Anugerah perniagaan naikkan semangat Neelofa


Pelakon dan pengacara Neelofa Mohd Noor yang  ditemui ketika menerima Anugerah Kategori Perniagaan di majlis Tribute To Women Malaysia baru-baru ini mengucapkan rasa syukur kerana perniagaannya itu mendapat pengiktirafan.

"Alhamdulilah, Naelofar Hijab bulan September ini dua tahun dan sehingga ini sudah mendapat lima anugerah.  Apabila mendapat anugerah ini, saya bersyukur kerana mendapat pengiktirafan sekali gus menambah kepercayaan orang terhadap produk dan menaikkan semangat bukan sahaja untuk saya tetapi juga untuk keluarga dan team.

"Kalau nak kata stress, betul stress kerana nak lebih baik lagi.  Masa muda ini nak kerja keras tetapi dalam masa yang sama tak lupa untuk 'enjoy life' dan seimbangkan," ujar Lofa.



Dek kerana sibuk dengan perniagaan, Lofa sudah mula rindu untuk berlakon kembali.

Oleh itu dia mengambil keputusan untuk kembali berlakon drama bersiri berjudul Suri Hati Mr. Pilot bergandingan dengan pelakon kacak yang laris ketika ini, Fattah Amin.Dijangka drama romantik 16 episod ini ditayangkan pada bulan Oktober ini.

"InsyaAllah, harap boleh berikan yang terbaik," katanya.

Kali akhir Neelofa atau lebih mesra dengan panggilan Lofa muncul berlakon di kaca TV adalah melalui drama Wan Embong kira-kira November tahun lalu.

Powered by Blogger.