F Anne Ngasri walau sibuk dengan politik & keluarga tetap mahu berlakon | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Anne Ngasri walau sibuk dengan politik & keluarga tetap mahu berlakon

Anne Ngasri memaklumkan dia masih lagi berlakon, namun penglibatannya dalam dunia lakonan tidak sebegitu aktif seperti dahulu.

Tambah Anne, selain berlakon masanya juga sibuk dengan menguruskan hal-hal keluarga termasuklah dengan aktiviti amal politik.

"Sebenarnya saya masih lagi berlakon cuma masa sahaja agak padat.  Tapi jika ada masa terluang saya mahu berlakon.   Ini kerana minat yang mendalam dalam bidang ini.  Tambahan pula saya sudah berlakon sejak berusia empat tahun lagi. Malah saya juga tidak pernah katakan saya mahu bersara dari dunia seni hiburan," ujar Anne.

Menyentuh mengenai penglibatannya dalam bidang politik pula, ibu kepada empat orang cahaya mata turut berkata, sesibuk mana sekalipun, keluarga adalah yang pertama.

"Meskipun sibuk dengan aktiviti membantu rakyat atau apapun yang mahu saya lakukan, saya tetap akan utamakan keluarga saya terlebih dulu," ujarnya.

Anne Ngasri ketika ditemui pada sidang media malam pra-tonton teater muzikal Mencari Sumaiyah di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Untuk rekod, hanya dengan sekali lafaz, pasangan Anne dan suami Datuk Mohd Sumali Reduan selamat diijabkabulkan pada 22 Disember 2012.
Powered by Blogger.