F Ana Dahlia nikah 31 ogos | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ana Dahlia nikah 31 ogos

Pelakon drama Ana Dahlia telah pun selamat bertunang dengan pengarah, Ashraf yang juga merupakan anak kepada pengarah Datuk Jurey Latiff Rosli pada 30 Julai lalu di rumah keluarganya di Taiping, Perak.


Menurut Ana, pada awalnya hanya majlis merisik sahaja namun 3-4 hari sebelum majlis, pihak lelaki bercadang untuk mengadakan majlis bertunang terus.

"Walaupun agak kelam kabut namun alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar.  Terima kasih kepada semua yang banyak membantu melancarkan majlis ini," ujar Ana.

Ditanya mengenai tarikh perkahwinan yang dicadangkan; Ana memberitahu tarikh yang mungkin dipilih adalah pada 31 Ogos ini.


"Jika diikutkan tarikh yang ada hanyalah bulan Ogos ini sahaja sebab selepas itu, Datuk Jurey dah sibuk dengan projek pengarahan drama terbaru dia.  Ashraf pun akan sibuk juga.  Jadi, tarikh yang ada hanyalah bulan Ogos ini. Jika tidak kemungkinan tahun hadapan.

"Jadi buat masa ini, kami sedang cuba tarikh 31 Ogos. Buat yang wajib dahulu.  Doakan agar semuanya dipermudahkan," ujar Ana.

Ana sebelum ini pernah berkahwin dua kali dan Ashraf pula merupakan duda anak satu.

"Kami pernah sama-sama gagal dalam rumah tangga dan kami harap pengalaman lalu dapat jadi panduan untuk kami," katanya.
Powered by Blogger.