F Amran Ismail 3 kali tukar nama - Terkini Putra Amaris | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Amran Ismail 3 kali tukar nama - Terkini Putra Amaris

Pelakon dan penyanyi Amran Ismail atau nama komersial terkininya Putra Amaris, menganggap lambakan kehadiran pelakon baru dalam industri seni hiburan hari ini tidak menjadi masalah buat dirinya.

Bagi empunya diri mengulas lanjut, selesa dengan kehadiran bakat baru dalam cabang lakonan sebenarnya memberikan kelebihan baru kepadanya kerana dapat bertukar pandangan dan idea tentang karier mereka.

“Sebenarnya, bagi pandangan sayalah kan, memang tak nafikan sekarang ini ramai bakat-bakat baru yang berkebolehan dalam cabang lakonan. Pun begitu, sedikit pun ia tidak mengganggu kerjaya saya sebagai seorang pelakon lama. Saya percaya rezeki Allah yang berikan.

“Saya sudah banyak kali bekerjasama dengan pendatang baru dan saya akui selesa dengan mereka. Selain itu juga, kami saling bantu-membantu antara satu sama lain mengenal perihal lakonan, saling tukar pandangan dan idea,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Menyentuh mengenai nama pentasnya yang sudah memasuki ketiga kali bertukar ganti, pelakon kacak itu berkata, selain tuntutan kerja ia turut memudahkan buat peminat lebih mudah menyebutnya.

“Sekadar untuk komersial dan lebih mudah untuk peminat saya sebut. Saya tukar nama pentas lagi sekali salah satu sebabnya, sejak menjalani penggambaran di Indonesia, pihak produksi di sana mahukan nama panggilan yang baru dan lebih segar. Jadi sejak itulah jadinya Putra Amaris,” jelasnya yang kini sedang mengikuti penggambaran drama bersiri 30 episod Cinta Tangkap Muat.

Dalam perkembangan lain, Putra masih lagi perlu menghabiskan beberapa babak filem sulungnya di Indonesia iaitu Mat Jenin Cucu Raden Kabayan. Filem itu turut akan ditayangkan di Malaysia selepas tayangan perdana di Indonesia.
Powered by Blogger.