F Ameng Kecewa Dilarang Menyanyi di Kelantan? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ameng Kecewa Dilarang Menyanyi di Kelantan?

Baru-baru ini, dikahbarkan nama penyanyi Ameng Spring secara tiba-tiba digugurkan daripada membuat persembahan dalam satu siri program jelajah di Kelantan.

Mengakui terkejut dengan perkara itu, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, berkata, dia tidak diberitahu secara terperinci sebab utama mengapa dilarang untuk menyanyi di negeri berkenaan.

"Saya sepatutnya ikut jelajah Suria FM di AEON Mall, Kota Bharu Sabtu ini dan mereka sudah bayar tiket dan penginapan di sana, malangnya semalam pihak Suria FM hubungi saya dan beritahu tentang hal ini.

"Saya diberitahu boleh datang jumpa peminat tapi tidak dibenarkan untuk menyanyi," ujarnya seperti yang dilaporkan mStar online.

Tambah Ameng lagi, dia kecewa jika larangan yang dilakukan itu adalah disebabkan status dirinya sebagai bekas banduan.

Katanya, pihak kerajaan sepatutnya bertanggungjawab memberi peluang dan menerima bekas banduan untuk berada dalam masyarakat semula.

Saya sedih mengapa saya tidak dibenarkan menyanyi sedangkan saya lelaki dan bukan berpakaian seksi macam wanita. Saya fikir mungkin sebab saya bekas banduan dan bekas penagih dadah.

"Sepatutnya mereka galakkan untuk orang-orang macam kami ini berhadapan dengan masyarakat bukan membuang kami.

"Tidak mengapalah, saya anggap ia sebagai ujian, walaupun saya tidak menyanyi, saya akan datang memeriahkan majlis itu ujarnya.

Bagaimanapun, Ameng turut berasa hairan apabila dia menerima tawaran untuk menyanyi di istana negeri itu sekitar November depan.
Powered by Blogger.