F Amber Heard Derma Wang Perceraian RM28 Juta Kepada Badan Kebajikan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Amber Heard Derma Wang Perceraian RM28 Juta Kepada Badan Kebajikan

PELAKON Amber Heard dilaporkan bertindak mendermakan wang penyelesaian perceraian yang diterima daripada bekas suaminya, Johnny Depp bernilai USD7 juta (RM28 juta) kepada badan kebajikan.


Variety melaporkan Amber mendermakan separuh daripada jumlah tersebut kepada American Civil Liberties Union iaitu sebuah badan yang memberi fokus kepada kesedaran keganasan terhadap wanita.

Manakala selebihnya dia menyalurkan wang itu kepada sebuah hospital kanak-kanak di Los Angeles yang turut memperlihatkan Amber bertindak sebagai sukarelawan sejak 10 tahun lalu.

"Seperti yang dinyatakan dalam penyelesaian perceraian wang tidak menjadi pertikaian saya dan tidak pernah berhasrat untuk menerima sebarang ganjaran.

"Bagaimanapun wang yang saya perolehi saya gunakan untuk membantu pihak yang lebih memerlukan.

"Jumlah yang saya dermakan itu adalah yang terbesar pernah saya lakukan dan akan terus membantu pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan.

Amber dan Johnny menyelesaikan perceraian mereka pada minggu lalu.

Pelakon itu sebelum ini mendakwa menjadi mangsa keganasan domestik Johnny sehingga bertindak memfailkan perceraian terhadap aktor itu.
Powered by Blogger.