F Along Ceraikan Zila Talak Satu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Along Ceraikan Zila Talak Satu

Pelakon dan pelawak Along Cham sah bercerai talak satu dengan isterinya, penyanyi, Zila Seeron di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari hari ini.





Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Along selaku plaintif, pagi ini.

Along memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Abd Halim kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama daerah Petaling dan sijil nikah dibatalkan.

Pasangan itu bernikah pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial, 5.
Powered by Blogger.