F Alif Satar menanti 10 tahun jadi pengacara AF | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Alif Satar menanti 10 tahun jadi pengacara AF


Hero pujaan ramai di kalangan wanita, Alif Satar telah dilantik menjadi hos menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF) musim terbaru baru-baru ini.

Menurut pelantun lagu Akhiri Penantianku itu, selepas 10 tahun penglibatannya di dalam industri seni hiburan, dipilih menjadi pengacara bagi program berprestij AF adalah suatu yang sudah lama dinantikan.

"Saya rasa tahun ini macam tahun magik dan seperti permainan 'roller coaster' pula, mana tidaknya selepas satu program ke satu program saya dapat. Jadi alhamdulillah dan sebenarnya saya ini masih lagi dalam keadaan yang agak terkejut kerana sebelum ini saya hanya menonton rancangan AF sahaja.

"Fasal penerimaan untuk jadi pengacara AF ini sudah lama sejak berlakon Dia Semanis Honey lagi, bagaimanapun saya terpaksa mendiamkan dahulu perkara tersebut. Dalam diam-diam begitu pun apabila diajukan perkembangan seterusnya oleh pihak media, gatal juga mulut ini nak kongsi," ujarnya ketawa.

Ditanya mengenai keserasian bekerja bersama hos bersama iaitu Zizan Razak, akui Alif walaupun masing-masing ada cara tersendiri, dia masih lagi dalam proses mencari ruang untuk betul-betul serasi dengan pengacara terkenal itu.

"Saya kenal Zizan secara peribadi tetapi ini merupakan kali pertama digandingkan bersama sebagai hos. Semasa raptai saya jenis yang agak serius dan nak betul-betul, namun jenis Zizan pula memang begitu suka berjenaka. Begitu juga ketika secara langsung. Mungkin itu cara dia untuk mendapatkan keserasian dengan saya, malah menghidupkan lagi suasana ketika program berlangsung.

"Walaupun saya menyimpan rahsia dapat menjadi hos AF dalam empat bulan macam itu, saya juga sebenarnya pada masa yang sama tidak tahu akan digandingkan dengan Zizan. Malah saya baru sahaja mendapat tahu seminggu sebelum konsert prelude ini," katanya juga ini sebagai hadiah hari jadinya yang lahir pada bulan September.

Dalam perkembangan lain, Datuk Shake atau nama asalnya Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh, 66, telah dilantik sebagai Pengetua Akademi Fantasia 2016.

Sementara itu, konsert minggu pertama yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) lalu, seramai 14 pelajar AF2016 terselamat dari proses penyingkiran.
Powered by Blogger.