F Alif Satar cerita pengalaman diganggu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Alif Satar cerita pengalaman diganggu


Hero drama Dia Semanis Honey, Alif Satar berkongsi pengalaman selepas menjalani penggambaran filem Aliff Dalam 7 Dimensi.  Antara tragedi aneh yang berlaku pada dirinya ialah semasa dalam perjalanan ke satu lokasi.

"Saya kalau pergi set penggambaran memang tak suka bawa kereta dan hanya akan menunggang motorsikal sahaja. Berlakon pula di lokasi yang memang agak menyeramkan, kemudian bila dah habis penggambaran saya konvoi ke satu lokasi bersama rakan yang tahu jalan.

"Pun begitu, saya ini lebih selesa berada di hadapan berbanding berada di belakang. Sampai di satu kawasan yang ada dua lorong kiri dan kanan, saya masuk ke laluan kiri, manakala rakan pula masuk ke kanan. Jadi bila nak pusing memang sudah tak boleh, ketika itulah kejadian terasa macam ada yang ikut daripada belakang saya," jelasnya.

Faham akan isterinya yang sedang mengandung, Alif mengulas lanjut, apabila pulang ke rumah pada waktu yang agak lewat, dia akan bertemu dengan isterinya setelah selesai membersihkan diri.

"Semasa saya berlakon isteri memang sudah hamil, jadi antara orang yang banyak memberikan nasihat berkenaan pantang larang ialah kedua ibu bapa saya. Sebab bila dah balik lewat kena cuci kaki terus dan jangan terus masuk ke bilik.

"Apabila saya balik lewat, saya akan berehat sekejap kemudian mandi dan solat. Setelah itu baru masuk ke bilik," katanya.
Powered by Blogger.