F Al-fatihah ayahanda IR Radzi meninggal dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Al-fatihah ayahanda IR Radzi meninggal dunia


Takziah Kakigosip ucapkan buat penyanyi, iR Radzi atau nama sebenarnya Mohamad Shah Riadzi, yang telah kehilangan ayahanda tercintanya pada 21 Ogos lalu.

Arwah bapa, Haji Jamali Bin Haji Ellen telah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN), Kuching, sekitar jam 3.30 petang, Ahad lalu.

Dalam sebuah laporan hiburan berlainan memaklumkan, Jamali meninggal dunia akibat menghidap penyakit jangkitan paru-paru.

"Ya Allah ampunilah dosa-dosanya, kurniakan tempat yang indah baginya, semoga segala amalannya di rahmati & berkati Allah S.W.T. @hjabdulmalek1007 Engkau terbaik buatku & keluarga ini sehingga ke akhir hayatku. I love you so much bapak!

"Semoga tenang ditempat baru Bapak, Ya Allah aku mohon ampuni dosa-dosanya, Naikkan darjatnya, Terimalah amalan & segala kebaikkannya, gantikan kesucian pakaian dan mudahkan segala kesusahannya. Semoga tenang disana bapak. I love you so much, selamat tinggal duniamu. See you soon! Amin," luahnya menerusi Instagram.

Kakigosip turut mendoakan agar arwah bapa penyanyi itu ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Amin.
Powered by Blogger.