F Aktres Filem Lucah 'Masuk' Iran Untuk Bedah Hidung | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Aktres Filem Lucah 'Masuk' Iran Untuk Bedah Hidung

Seorang pelakon filem lucah British-Amerika berkunjung ke negara Republik Islam Iran sehingga mencetus bantahan meluas di media sosial, lapor sebuah agensi berita separa rasmi yang memetik seorang pegawai kerajaan sebagai berkata.

ISNA memetik Timbalan Menteri Luar, Hasan Qashqavi, sebagai berkata pelakon itu melawat Iran selepas memohon visa melalui sebuah agensi pelancongan menggunakan nama yang berbeza.

Qashqavi dilaporkan memberitahu pegawai pelancongan supaya lebih berhati-hati ketika memeriksa dokumen mereka yang cuba untuk melawat Tehran.

"Kami mempunyai ulama dan Ahli Parlimen yang sangat menitikberatkan sensitiviti budaya, dan perkara begini boleh menimbulkan masalah di kemudian hari."

Sementara itu pelakon yang dikenali sebagai Candy Charms, enggan mengulas lanjut ketika diminta berbuat demikian.

Beliau sebelum ini menyatakan di Instagram, kunjungannya Iran bertujuan untuk melakukan pembedahan hidung.
Powered by Blogger.