F Akim Kongsi Berita Stacy Hamil | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Akim Kongsi Berita Stacy Hamil

Penyanyi Akim Ahmad, 25, mengumumkan isterinya, Stacy, 26, kini hamil menerusi kapsyen foto yang dimuat naik di sosial media.

Lebih manis, vokalis kumpulan The Majistret itu berkongsi berita gembira tersebut kepada umum sempena ulang tahun ke-26 Stacy.

"Selamat ulang tahun kepada isteriku tercinta. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suaminya. "Semoga di hari ulang tahun isteriku ini baik-baik dan sihat sentiasa, begitu juga isteriku. Amin. Terima kasih Allah untuk anugerah terindah ini," tulis Akim yang disertakan bersama gambar Stacy dan anak angkat mereka, Bella.

Pasangan kelahiran program Akademi Fantasia (AF) itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari lalu.
Powered by Blogger.