F Aisy Mateen nama anak Fadzil & Yana Samsudin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Aisy Mateen nama anak Fadzil & Yana Samsudin


Tahniah Fadzil Zahari dan isteri, Yana Samsudin yang kini bergelar ayah dan ibu kepada bayi lelaki yang diberi nama Aisy Mateen.

Kakigosip difahamkan, nama putera hati mereka itu dipilih melalui hasil perbincangan antara mereka berdua. Jelas Fadzil, keindahan nama itu dibuat oleh Yana sendiri.

Mengulas lanjut, Yana dan Fadzil masing-masing mengutamakan huruf 'A' sebagai permulaan nama, manakala Mateen pula berasal daripada 99 nama Allah.



"Aisy Mateen adalah hasil perbincangan antara kami berdua sendiri, jadi hasil kreatif nama itu Yana yang buat. Aisy Mateen ini antara nama baik yang terdapat dalam 99 nama Allah. Sementara itu, kami mengekalkan huruf 'A' sebagai permulaan nama.

"Fasal majlis akikah pula masih lagi dalam perbincangan untuk mencari tarikh yang sesuai. Di mana kami berharap agar semua ahli keluarga dapat hadir pada masa yang sesuai nanti," ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Tahniah sekali lagi diucapkan buat pasangan dan keluarga. Semoga Aisy membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.
Powered by Blogger.