F Air kolam bertukar warna hijau jadi tumpuan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Air kolam bertukar warna hijau jadi tumpuan

Warna air di kolam venue terjun Olimpik bertukar menjadi hijau keruh sehinggakan mencetuskan pelbagai andaian kepada orang ramai.

Ia berbeza dengan warna air di kolam itu pada hari sebelumnya dan begitu juga jika dibandingkan dengan warna biru jernih di kolam kedua yang digunakan untuk kejohanan polo air di Pusat Akuatik Maria Lenk.

Penerjun Britain, Tom Daley yang memenangi pingat gangsa dalam acara 10 meter platform papan anjal lelaki, memuat naik di laman Twitter  gambar kedua-dua kolam sebagai perbandingan dan menulis: "Ermmmmm, ...apa terjadi?!" .

Kualiti air menjadi isu utama yang berlaku di Olimpik Rio de Janeiro, tetapi tidak begitu dipedulikan jika berlaku di laut dan lagun tetapi bukannya di kolam renang.

Satu kenyataan daripada penganjur berkata, ujian air sudah dilakukan dan ia tidak akan mendatangkan sebarang risiko kepada atlet.

Mereka bagaimanapun, gagal menjelaskan mengenai perubahan warna air kolam tetapi berkata ia sedang disiasat.

"Kami tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi," kata jurucakap penganjur Mario Andrada.
Powered by Blogger.