F Ahli Umno tak sokong presiden perlu undur diri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ahli Umno tak sokong presiden perlu undur diri

Ahli Umno yang tidak menyokong presiden parti diminta segera mengundur diri daripada Umno, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Ini, katanya, kerana presiden parti disifatkan sebagai sebahagian daripada struktur dalam mengukuhkan sesebuah parti.

"Ada ahli Umno yang sokong parti tetapi tidak sokong presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak)...mana boleh tidak sokong presiden. Presiden itu adalah sebahagian struktur bagi parti.

"...dan apabila orang yang tidak sepenuh hati itu lari, apa akan berlaku pada presiden. Beliau akan dibiarkan keseorangan, itu yang kita tidak mahu. Kita mahu orang yang sepenuh hati bersama kita sebab ini mencerminkan imej baik Umno," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Klang di sini, hari ini.

Idris, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata ahli parti juga tidak seharusnya percaya dengan fitnah dan berita yang tidak benar daripada pihak tertentu sehingga bertindak mengkhianati presiden mereka sendiri.  

Katanya, ahli Umno perlu sematkan keyakinan terhadap presiden parti selain memberi peluang kepada presiden untuk terus memimpin parti dan negara ke arah yang lebih baik.

"Kalau pemimpin kita tidak pandai, tidak bijak, boleh ke kita sampai ke tahap hari ini. Imej negatif telah digambarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan hanya kerana itu telah merosakkan apa yang kita bina selama ini.

"Jadi sempena kita menyambut kemerdekaan ke-59 tahun ini, saya ajak semua untuk bersatu, sehati sejiwa untuk memberi sokongan kepada pemimpin negara," katanya.
Powered by Blogger.