F Afgan duet bersama Datuk Sheila Majid | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Afgan duet bersama Datuk Sheila Majid

Penyanyi popular Indonesia, Afgan yang bakal mengadakan konsert solo ketiganya di Negara ini menjanjikan kelainan buat penonton yang bakal memenuhi tempat duduk di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur pada 3 September depan.

Mengakui teruja untuk bertemu dengan para peminatnya di Malaysia untuk kesekian kalinya, Afgan turut melahirkan rasa terharu dan terima kasih atas sambutan peminat tempatan yang tidak pernah putus menyokong perjalanan seninya.



“Setiap kali saya buat persembahan di sini (Malaysia) sambutannya pasti positif dan saya terharu dengan respon baik yang diterima. Secara jujurnya juga, persiapan untuk konsert tersebut hampir selesai sepenuhnya.

"Saya juga baru sahaja rakam video istimewa untuk tayangan sempena konsert tersebut di Bali dan apa yang lebih best, tarikh 3 September juga merupakan tarikh album terbaru saya yang berjudul ‘Sides’ akan di pasarkan di Malaysia,”katanya yang turut menampilkan penyanyi tempatan, SonaOne di dalam album berkenaan.



Ditanya dengan lebih lanjut perihal projek terkininya bersama penyanyi Malaysia selain SonaOne, Afgan secara eksklusif memberitahu Kakigosip bahawa dia bakal berduet dengan penyanyi Datuk Sheila Majid. Lagu istimewa tersebut khabarnya akan dimuatkan di dalam album terbaru penyanyi lagenda itu tidak lama lagi.

“Dia merupakan teman yang begitu dekat dengan saya dan saya begitu minat dengannya. Jadi rasanya kolaborasi ini merupakan satu peluang yang tidak mungkin saya lepaskan,” terang Afgan.
Powered by Blogger.