F Adira hamil 7 minggu, idam kari mamak setiap hari | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Adira hamil 7 minggu, idam kari mamak setiap hari

Terdahulu Kakigosip difahamkan Adira telah pun hamil dan selepas mendapatkan pengesahan dengan doktor pakar, memetik menerusi sebuah portal hiburan berlainan, Adira dimaklumkan usia kandungannya kini tujuh minggu.

Berita baik itu disahkan sendiri oleh suaminya, Dato Seri Adnan Abu (Dato Red). Tambah Dato Red juga, Adira buat masa ini tidak mengalami sebarang alahan yang teruk, tetapi mengidam kari mamak setiap hari.

Sementara itu, di laman sosial Instagram Dato Red pula ada memuat naik sekeping gambar imbasan kehamilan beserta kapsyen.

"Alhamdulillah #bakadatored #umatyanghensem moga jadi anak yang soleh jangan ikut perangai papa, tapi kalau korang pandai siapa ibunya," coret Dato Red.

Tambah Dato Red lagi, dia berharap agar Adira dapat memperlahankan kariernya sepanjang tempoh kehamilan demi untuk menjaga kesihatannya.

Selain itu, Dato Red juga berharap agar dikurniakan anak lelaki.

Untuk info, Adira dan Dato Red bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Powered by Blogger.