F Adik Nassier Wahab meninggal dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Adik Nassier Wahab meninggal dunia

Takziah Kakigosip ucapkan kepada penyanyi Nassier Wahab dan keluarga kerana telah kehilangan orang yang tersayang iaitu adiknya bernama Zainiyah.

Kakigosip difaham, adiknya meninggal dunia akhibat penyakit kanser rahim dan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.30 malam, semalam di wad paliatif Pulau Pinang.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh Nassier menerusi akaun Facebooknya;

“Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali, adinda ku yang dikasihi Zainiyah baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 11.30 malam tadi di Paliatif Ward Penang.

“Hilangah adik bongsu ku yang dikasihi, kau pergi tinggalkan aku kekandamu yang sepi setelah sekian lama kau menanggung derita kerana kanser rahim. Kini bersemadilah engkau di sana, semoga rohmu dicucuri rahmat. Kau tetap didalam hati dan sanubariku. Selamat jalan adindaku,” ucapnya menerusi laman sosialnya.

Semoga arwah adik Nassier ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.
Powered by Blogger.