F Adi dan Isteri Pertama Berangkat ke Tanah Suci Hari Ini | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Adi dan Isteri Pertama Berangkat ke Tanah Suci Hari Ini

Aktor Adi Putra dan isterinya, Aida Yusof, 41, dilaporkan akan berangkat ke tanah suci Makkah hari ini bagi menunaikan rukun Islam kelima.

Adi atau nama penuhnya Adi Mohamed Hadi Putera, 35, berkongsi berita tersebut menerusi instagram miliknya iaitu @adpadiputra, pagi tadi.

"Assalamualaikum, kami mohon ampun dan maaf pada semua sekiranya ada kesalahan dan kesilapan. Dan kami ambil kesempatan di tanah suci untuk mendoakan kepada semua. #hajj2016," tulisnya.

Status tersebut mendapat banyak reaksi daripada ramai peminat yang rata-ratanya memberi komen positif sekaligus mendoakan dan mengharapkan segala urusan mereka di Tanah Suci berjalan dengan lancar. "Selamat menunaikan ibadat haji buat abang @adpadiputra & sis @adpaidayusof.

Dalam pada itu, Aida turut dipuji masih setia dan dilihat tenang bersama Adi, meskipun lelaki itu baru saja mendirikan rumah tangga buat kali kedua. Adi berkahwin dengan seorang ibu tunggal beranak satu, Norshahida Zolkafly, 33, pada 20 Jun lalu.

Baru-baru ini, Adi mencetuskan kontroversi apabila gambar dirinya bersama wanita berkenaan yang kelihatan seperti dirakam pada sebuah majlis pernikahan tersebar di internet.

Bagaimanapun, menerusi sidang media khas, Adi mengakui beliau sudah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua di kediaman Norshahida.

Namun tidak lama selepas itu, wanita terbabit dilaporkan antara mereka yang ditahan polis berhubung siasatan sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Norshahida dan 28 pegawai serta anggota Jabatan Imigresen ditahan polis dalam operasi khas 26 Julai lalu di Putrajaya kerana dipercayai terbabit dengan sindiket penyeludupan manusia.

Semua suspek mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
Powered by Blogger.